F&B : Syurga Coklat Murah

0
7850

Seperti nama perniagaan ini yang secara terang menyatakan perkataan “coklat” dan “murah”, Kedai Coklat Murah Johor Bahru secara langsung telah menarik kunjungan ramai peminat coklat ke  tempat ini. Dengan harga yang lebih murah, Kedai Coklat Murah menawarkan pelbagai jenis jenama coklat yang disukai ramai seperti Cadbury, Kinder Bueno, Snickers, Mars, Daim dan sebagainya.

Tarikan tempat ini bukan sahaja bergantung kepada faktor harga coklat yang dijual murah, perniagaan lokal ini juga memaparkan luaran yang cantik dan unik. Berpusat di Kawasan Perindustrian Dato Onn, Larkin, Kedai Coklat Murah ini didirikan berdasarkan konsep kontena yang lebih mesra alam. Konsep kontena kini makin menjadi sambutan dikalangan usahawan muda dan sudah terdapat beberapa perniagaan di Malaysia yang telah mula menggunakan konsep “eco” ini. Ia lebih menjimatkan kos dan keunikan luaran yang ditampilkan senang menarik pengunjung.

Tambahan pula, bersebelahan dengan Kedai Coklat Murah terdapat kawasan istirehat dan kafe iaitu Jingga Lepakafe  yang menawarkan menu dari masakan tempatan dan masakan “western”. Jadi, pengunjung yang datang dapat mengisi perut sambil memborong coklat-coklat murah, beristirehat dan menikmati suasana yang ditawarkan. Waktu operasi tempat ini yang bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12 malam setiap hari menjadikan kawasan ini sesuai untuk makan malam dan melepak bersama keluarga dan kawan-kawan.

Video pendek di bawah ini kami ciptakan setelah seronok melawat dan membeli-belah di Kedai Coklat Murah. Lihatlah suasana di tempat ini pada waktu malam. Cantik bukan?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here