F&B : Ais Koko Medan Selera Tepian Tebrau

0
1684
Source: Google

Menjadi tumpuan dan tempat berkumpul  penduduk setempat, deretan “food-court”  yang panjang ini dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat sedap dan unik. Medan Selera Tepian Tebrau yang terletak di Jalan Sungai Chat, Johor Bahru ini bukan sahaja menawarkan masakan goreng-goreng ala Melayu, malah terdapat juga pilihan makanan laut dan pelbagai jenis pencuci mulut yang boleh dipesan. Ia merupakan destinasi yang sesuai untuk makan petang dan malam. Tidak hairanlah deretan medan selera ini sentiasa dipenuhi pelanggan, terutamanya pada waktu petang. Pengunjung yang datang bukan sahaja warga penduduk JB tetapi ramai juga dari Singapura kerana kualiti makanan dan kesedapannya.

Satu kebiasaan dan kepakaran kita orang Malaysia perlu ada pencuci mulut tradisional selepas makan seperti kuih muih, goreng pisang, cekodok, ais batu campur (ABC) dan sebagainya. Di sini, ada pelbagai jenis pencuci mulut ditawarkan dan semuanya sedap-sedap belaka. Dalam kepelbagaian ini, terdapat satu yang sangat menarik perhatian iaitu ais koko, campuran ais dengan susu cair, sirap, kordial coklat, kacang merah dan jagung berkrim. Sedap! Kalau pelanggan mahu tambah perisa coklat juga boleh tanpa caj dikenakan. Disertakan dengan cakoi bakar, kerang bakar atau tauhu bakar, kombinasi ini tentu akan menceriakan petang anda!

Alamat: Medan Selera Tepian Tebrau, Jalan Sungai Chat, Johor Bahru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here