Fashion : 5 Jenama Street-Wear Popular di Malaysia

0
3763
AkuDesign X Altimet Collection

Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, ramai yang sudah memulakan pencarian koleksi baju raya dan sudah bermula jualan-jualan murah bersempena hari yang diraikan ini. Pada hari raya pertama, sudah tentu baju tradisional melayu dan baju kurung atau kebaya menjadi pilihan. Namun, untuk sambutan hari raya kedua dan seterusnya, pelbagai fesyen dapat dilihat sebagai peragaan ke majlis rumah terbuka dan sambutan Aidilfitri. Dalam tempoh ini, ruangan media sosial akan dipenuhi dengan warna-warni fesyen di hari raya.

Untuk golongan muda terutamanya, jenama yang bertemakan “street-wear” telah menjadi satu trend fesyen yang amat diminati dan banyak digayakan pada musim perayaan. Bukan hanya jenama terkenal antarabangsa seperti Supreme dan Bathing Ape yang menjadi rebutan peminat street-wear Malaysia, malah jenama-jenama streetwear keluaran tempatan juga mendapat sambutan hangat sejak beberapa tahun ini. Hal ini adalah kerana program kesedaran terhadap keluaran produk lokal sering dianjurkan dari semasa ke semasa oleh organisasi-organisasi yang terdiri daripada generasi muda seperti Tempatan Fest, Rantai Art Festival dan Sneakerlah. Melalui program-program ini, jenama-jenama “street-wear” tempatan berjaya menempah nama dalam industri ini dan menjadi sebutan ramai, terutamanya dari golongan belia dalam negara dan juga luar negara.

Jadi, untuk meraikan jenama-jenama Street wear keluaran tempatan ini, kami pilih 5 jenama lokal terbesar  dalam industri ini yang anda perlu tahu:

  1. Pestle and Mortar Clothing (PMC)

Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh 3 orang kawan baik, Pestel and Mortar Clothing (PMC) ialah antara jenama keluaran lokal yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Reka bentuk grafik pada pakaian yang dikeluarkan oleh PMC banyak bertemakan konsep gaya hidup, adat resam dan nasionalisme. PMC juga telah banyak berkolaborasi dengan artis-artis terkenal tanah air dan pelbagai jenama terkenal yang lain.

  

  1. Stickybox Company (SBX)

Fokus dalam pengeluaran produk yang berkualiti tinggi, Stickybox Company ialah nama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen ini. Sudah berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2007, koleksi pakaian dan aksesori Stickybox menampilkan ciri-ciri minimal dari segi reka bentuk grafik yang menjadi tema utama syarikat ini. Stickybox berasal daripada Johor Bahru, dimana pada permulaannya memaparkan konsep ceria dan menggunakan banyak warna terang yang sesuai dengan tema musik “indie” yang menjadi trend pada zaman tersebut.  Sejak itu, Stickybox telah berkembang menjadi sebuah agensi produksi kreatif yang bukan sahaja mengendalikan pengeluaran produk streetwear, namun menjadi pilihan banyak organisasi besar untuk khidmat servis kreatif yang ditawarkan.

  

  1. Akudesign (ADC)

Nama yang unik menampilkan gabungan perkataan Melayu dan Inggeris, Akudesign merupakan nama yang sering didengari dan senang diingati. Diasaskan oleh dua beradik, Akudesign bermula pada tahun 2009 sebagai jenama online yang terkenal di laman Myspace. Jenama ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya dikalangan peminat produk lokal di Melaka dan Johor. Produk pakaian Akudesign menarik peminatnya melalui kreativiti konsep sulaman yang selesa dipakai dan berkualiti tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah jenama ini mempunyai kelab peminat tersendiri yang digelar ADCTERS.

  1. Super Sunday

The Super Sunday Store yang didirikan sejak 2007 telah menjadi platform popular untuk pereka bentuk grafik “street-wear” meletakkan ciptaan dan produk mereka di kedai ini. Kedai kecil Super Sunday yang terletak di Stesen Monorail Bukit Bintang ini mendapat sambutan dan kunjungan ramai golongan belia. Dahulu, industry rekaan grafik untuk “street-wear”  tempatan masih baru dan terhad. Kebanyakan pereka grafik hanya menghasilkan grafik untuk tujuan “event” atau festival seni. Jadi, Super Sunday Store menjadi platform yang berkesan untuk lebih 30 pereka grafik tempatan  yang meletakkan produk mereka untuk dijual kepada umum. Pada masa yang sama, Super Sunday sendiri menjadi salah satu jenama “street-wear” yang berkembang.

  

  1. Abstrax

Menjadi sebutan ramai dalam industri lokal sejak 2008, Abstrax atau lebih dikenali sebagai Abstrax Jingga merupakan jenama yang sering sekali dilihat dalam media televisyen dan media social. Produk keluaran Abstrax juga banyak digayakan oleh artis terkenal tanah air. Dengan matlamat untuk menyampaikan cerita, membina hubungan dan member inspirasi kepada golongan belia, Abstrax banyak bermain dengan konsep yang simple, eksklusif, moden dan memaparkan identiti Negara dalam reka bentuk grafik mereka. Abstrax juga banyak menghasilkan rekabentuk grafik yang lain daripada lain yang bertumpu kepada tema yang spesifijk. Sebagai contoh, bersempena pertukaran kerjaan pentadbir, Abstrax telah mengeluarkan koleksi baju dengan grafik tokoh politik Malaysia seperti Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim dan Arwah Tok Guru Nik Aziz.

  

Selain daripada 5 jenama ini, ada banyak lagi jenama “street-wear” tempatan yang setiapnya mempunyai gaya dan tema yang tersendiri. Sebagai langkah untuk “support” dan membeli jenama lokal, anda boleh terus ke Mashup Webstore dimana anda boleh dapati pelbagai produk jenama tempatan melalui laman tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here