Lifestyle : 1855 Tonsorial Parlour Serlah ‘Feel’ Klasik dengan Guntingan Rambut Gaya Moden

0
595
Source: https://www.facebook.com/pg/1855TonsorialParlour/photos

1855 Tonsorial Parlour yang terletak Kilang Bateri, Johor Bahru, merupakan spot gunting rambut yang amat popular di kalangan orang muda di kawasan ini. Bertemakan konsep dalaman klasik dan nostalgik, kedai gunting rambut ini memberikan pengalaman guntingan rambut yang selesa dan kemas.

1855 Tonsorial Parlour adalah antara contoh terbaik perniagaan tempatan yang berjaya menaiktaraf konsep kedai gunting rambut di Malaysia. Konsep ‘barbershop’ ini semakin menular terutamanya di kawasan ibu kota Kuala Lumpur telah mula mendapat perhatian ramai dan banyak yang lebih menggemari gaya potongan rambut ‘barber’ tempatan ini berbanding salon atau kedai gunting rambut kecil yang lebih murah.

Ini adalah kerana kesedaran fesyen dan gaya rambut serta persepsi terhadap ‘Kedai Gunting Rambut’ lelaki sudah semakin meningkat dalam golongan gender lelaki di Malaysia.  Ramai golongan muda sudah tidak takut untuk menceburi bidang ini, bermula dengan mempelajari cara dan teknik gunting rambut yang betul. Kemudian, sikit demi sedikit, skil ini berkembang menjadi satu perniagaan yang boleh memberi keuntungan. Sekarang, di Kuala Lumpur, terdapat Joe’s Barber, Truefitt & Hill, Wak Doyok Barber Shop dan banyak lagi barber shop yang terkenal yang menjadi pelantar untuk barber-barber  muda ini mempraktikkan kemahiran mereka. Di Georgetown, terdapat Son And Dad Barber Shop, di Ipoh, terdapat Ipoh Barber and Comber, di Singapura, terdapat We Need A Hero dan Sultans of Shave, dan 1855 Tonsorial Parlour di Johor Bahru.

Industri barber shop semakin berkembang dari hari ke hari dan permintaan untuk servis gunting rambut juga makin meningkat, terutamanya di musim-musim perayaan. Kemahiran gunting rambut merupakan satu bentuk seni yang harus dihargai dan dilaburkan lebih –lebih lagi jika ianya dibangunkan oleh anak tempatan. Oleh itu, menjelang musim perayaan ini, marilah kita beramai-ramai ‘support’ perniagaan lokal dan dapatkan guntingan rambut daripada barbershop tempatan.  Jika berada di Johor Bahru, 1855 Tonsorial Parlour ini berada di pusat tarikan ramai, Warehouse JB, atau nama dahulunya Kilang Bateri di Tampoi.

Facebook: facebook.com/1855TonsorialParlour/

Instagram: instagram.com/the1855

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here