Lifestyle : Shopping Raya di Anggun Life 2018

0
890

Buat pertama kalinya, Media Prima Berhad akan menganjurkan festival Anggun Life dimana terdapat  lebih 100 jenama popular yang menawarkan barangan, fesyen, kecantikkan, gaya hidup dan kesihatan. Kesemua jenama ini akan mendirikan vendor dibawah satu bumbung di Festival Anggun Life yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 8 dan 9 Jun 2018. Festival ini diadakan bersempena sambutan syawal yang bakal tiba nanti dan akan menjadi spot yang sesuai untuk orang JB dan berdekatan shopping raya!

Anggun Life menampilkan nama-nama terkenal seperti Amar Baharin dan Amyra Rosli sebagai Duta. Pengunjung akan dapat membeli belah barangan kesukaan mereka, dan turut berpeluang untuk menyertai bermacam lagi aktiviti yang disediakan. Selain itu,pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan duta Anggun Life dan juga artis-artis Drama Sangat seperti Izzue Islam, Nina Iskandar, Saharul Ridzuan yang dibawakan khas sempena Anggun Life.

Lebih 100 vendor akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik. Ini termasuklah selebriti yang akan menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life seperti Remy Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsuddin & Fadzil Zahari, Zul Huzaimi, Fedtri Yahya, Ameera Zaini, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar, Nadya Syahera dan Nora Lunia dan ramai lagi!

Wanita Hari Ini (WHI) akan turut membuat liputan secara langsung di sepanjang festival ini berlangsung di mana Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Uyaina Arshad juga merupakan personaliti Anggun Life.

Tidak ketinggalan, Mashup juga akan mengambil peluang ini untuk menyertai Angun Life sebagai vendor. Kami bersama dengan jenama streetwear tempatan yang terkenal iaitu, Stickybox, akan berkerjasama sebagai satu vendor dan menjual produk keluaran terbaru kami serta produk yang terdapat di Webstore Mashup. Di vendor kami anda akan dapati produk Stickybox Capsule Collection (New arrival), Tuatu, Koya Clothing, Tabby Socks, By Dayangku, Madame Izara dan Rated Clothing.

Jadi orang Johor Bahru dan berdekatan, Anggun Life adalah venue terbaik untuk anda lawati hujung minggu ini (8 dan 9 June) dan anda boleh dapati pebagai jenama dan produk untuk shopping raya. Semuanya di bawah satu bumbung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Jom ke Anggun Life dan jangan lupa lawat vendor Mashup!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here