Entertainment : 5 Lagu Raya Terbaik Dato’ Siti Nurhaliza

0
616

Hi, semua! Menjelang Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi ini, sudah kedengaran lagu-lagu raya dipasang. Baik lagu raya yang zaman dahulu atau lagu raya daripada artis-artis baru, semuanya ada “feel” dan “effect” yang tersendiri kepada setiap individu. Bagi team Mashup pula, kami memang tidak boleh “move-on” dengan lagu-lagu raya dendangan Dato’ Siti Nurhaliza.

Satu nama yang sangat “legend” dan tidak boleh dipertikaikan lagi dalam industri muzik Malaysia, Dato’ Siti sudah berkecimpung dalam arena ini sejak tahun 1995, semasa umur beliau 16 tahun. Bayangkan sudah berapa lagu beliau yang sudah diterbitkan sejak tahun tersebut. Begitu juga dengan lagu yang khas dicipta untuk sambutan Raya Aidilfitri, setiap tahun peminat Dato’ Siti mesti ada “request” lagu raya baru daripada beliau.

Jadi sempena meraikan penyanyi wanita terhebat dalam negara kita ini, kami syorkan 5 lagu raya terbaik sepanjang zaman daripada Dato’ Siti Nurhaliza;

Senarai lagu Raya terbaik Dato’ Siti (klik untuk ke video Youtube):

  1. Anugerah Aidilfitri
  2. Bila Hari Raya Menjelma
  3. Sesuci Lebaran
  4. Nazam Lebaran
  5. Air Mata Syawal

Bagi pendapat kami, setiap lagu ini telah memberikan impak yang besar kepada suasana perayaan Aidilfitri di Malaysia dan lagu-lagu ini seringkali didengari setiap tahun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ada yang bagi “mood” gembira dan ada yang sedih dan menyayat hati. Kalau tidak kedengaran lagu-lagu ini masa Hari Raya pertama, memang rasa tidak sempurna Aidilfitri di Malaysia.

Sebelum mengakhiri “posting” kali ini, pasukan Mashup ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslim di Malaysia, berhati-hati di jalan raya dan sambutlah dengan berpada-pada. Dengar lagu Dato’ Siti kalau stress!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here