Sports : 5 Fakta Menarik FIFA World Cup Edisi 2018

0
557

Piala Dunia sukan bola sepak edisi 2018 yang kini sedang berlangsung di Russia telah memaparkan pelbagai aksi dan gelagat yang menarik. Kejohanan yang berlangsung setiap 4 tahun ini memang sangat dinantikan oleh semua peminat bola sepak di seluruh dunia. Pada tahun ini, ia berlangsung selama sebulan dari tempoh 14 Jun 2018 sehingga 15 Julai 2018.

Jadi, sempena kejohanan bola sepak yang sangat berprestij ini kami ingin kemukakan 5 fakta menarik tentang individu-individu yang terbabit dalam pertandingan ini sebagai inspirasi kepada peminat muda sukan bola sepak di Malaysia.

  1. Heimir Hallgrímsson – The Viking Doctor
  • Untuk pengetahuan semua, pasukan kecil Iceland yang diketuai oleh individu ini telah memecahkan rekod dunia sebagai negara paling kecil yang berjaya layak ke pentas Piala Dunia. Terkenal dengan semangat berpasukan yang tinggi serta tepukan Viking yang menggegarkan stadium, pasukan Iceland juga mempunyai beberapa pemain kelas dunia seperti Gylfi Sigurdsson dan Aron Gunnarsson. Paling menarik, walaupun beliau berjaya membawa pasukan Iceland ke pentas Piala Dunia, pengurus yang berumur 51 tahun ini masih menjalankan tugas sebagai seorang doktor gigi separuh masa di pulau kecil Vestmanaeyjar.

  1. Gabriel Jesus – The Boy from the Streets of Brazil
  • Empat tahun lalu, semasa kejohanan Piala Dunia 2014, Gabriel Jesus masih bermain di kampung halaman bersama kelab Palmeiras dalam kejohanan bawah 17 tahun. Gambar beliau mengecat dinding di sekitar kawasan perumahan sempena Piala Dunia di Brazil yang lalu kini tular, memandangkan Gabriel di Piala Dunia kali ini merupakan salah satu pemain utama skuad Brazil. Penyerang berumur 20 tahun ini yang kini bermain untuk kelab terkenal Manchester City berjaya mencipta fenomena sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia sekarang.

  1. Mohamed Salah – The Egyptian King
  • Memulakan kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak professional pada tahun 2010 di kelab Mesir, Al Mokawloon, Mohamed Salah berjaya mencipta nama sebagai salah seorang permain terbaik dunia lapan tahun kemudian selepas satu musim yang amat memberansangkan bersama kelab terkenal Liverpool. Pada tahun 2012, Salah mula berpindah keluar daripada Mesir untuk menyertai kelab Switzerland, Basel FC, sebelum bakatnya dikenalpasti oleh Chelsea. Salah membuat nama di pentas Eropah dengan prestasi yang semakin meningkat bersama AS Roma dan Liverpool, kemudian membawa pasukan negaranya, Mesir melayakkan diri ke Piala Dunia.

  1. Cristiano Ronaldo – The Record Breakers
  • Nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak, Cristiano Ronaldo merupakan icon bola sepak moden yang jarang sekali mengecewakan peminat beliau. Tambahan pula, selepas prestasi terkini beliau dalam perlawanan bertembung Morroco, Ronaldo berjaya memecahkan rekod sebagai penjaring gol terbanyak di Eropah sepanjang zaman dengan 85 gol, mengatasi rekod yang dipegang Ferenc Puskas sebelum ini.

  1. Kylian Mbappe- The New Kid on the Block
  • Pemain muda yang berumur 19 tahun dan 183 hari ini mencatat rekod sebagai penjaring gol paling muda untuk Perancis selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Piala Dunia bertemu Peru. Mbappe telah mendapat perhatian media sebagai pemain muda terbaik zaman ini selepas pertunjukkan aksi yang hebat bersama kelab Monaco dan Paris Saint German. Ternyata kemampuan pemain muda ini berkelas dunia selepas dipilih menjadi tunggak kesebelasan utama dan penjaring termuda skuad Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here