Travel : Destinasi Percutian Terbaik Bulan Julai di Malaysia

0
514

Keadaan cuaca Malaysia dipengaruhi oleh iklim tropical dan lembab. Tempoh monsun musim sejuk di Malaysia adalah dominan di antara bulan November dan  Februari dengan cuaca hujan lebat, terutamanya di kawasan di timur. Musim monsun panas pula adalah dari bulan Ogos hingga November dimana hujan di bahagian barat disertai oleh angin kencang. Pada bulan Julai, kebiasaanya kawasan pantai timur semenanjung akan banyak menikmati cuaca cerah dan kering dan di bahagian barat pula, keadaan panas dan lembap diselingi dengan hujan lebat yang berkala. Tempoh pertengahan tahun ini dianggap sebagai waktu terbaik untuk melancong dimana bilangan pelawat ke Malaysia berada pada tahap tertinggi pada bulan ini.

Julai adalah salah satu bulan yang paling menarik untuk percutian dalam negara. Apa yang ada di Malaysia? Negara kita ini sebenarnya mengandungi pelbagai destinasi percutian menarik dan unik. Di kawasan bandar-bandar utama, pelancong boleh menikmati gaya percutian moden atau ‘luxury’ yang menawarkan tarikan membeli-belah, pemandangan bandar dan gaya hidup moden. Ada bangunan-bangunan lama yang mengekalkan konsep arkitek zaman penjajahan British, muzium-muzium yang menwarkan informasi menarik, monumen-monumen yang unik seperti masjid dan kuil, dan pusat membeli beli-belah dari konsep seperti Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga konsep mewah seperti Pavillion dan Sunway Pyramid.

Di kawasan pantai timur dan pantai barat, terdapat banyak pulau-pulau cantik di Malaysia yang boleh dilawati. Antara pulau yang wajib dilawati di Malaysia ialah Pulau Perhentian di Terengganu, Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Tioman dan Pulau Besar melalui Jeti Mersing. Di kawasan perlancongan pantai ini, terdapat banyak cenderamata buatan tangan yang menarik, pelbagai jenis permainan air, resort-resort pantai dan servis ‘island hopping’ untuk menghayati pemandangan Pulau.

Selain itu, di Malaysia juga terdapat banyak kawasan peranginan bukit tinggi seperti Genting Highland, Fraser Hill, Cameron Higland dan Bukit Tinggi. Tempat-tempat ini khas untuk pelancong yang ingin menikmati udara segar dan pemandangan bukit bukau yang memukau. Pelancong juga boleh mendapatkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang segar. Jika inginkan lebih “adventure”, terdapat bukit bukau yang menawarkan laluan jungle trekking dan mendaki seperti Bukit Broga, Bukit Tabur dan Bukit Panorama. Kawasan-kawasan ini khas untuk peminat aktiviti hiking.

Pelancong boleh juga pilih untuk ‘camping’ di kawasan sungai atau tasik dan menikmati pemandangan hutan hujan di Taman Negara Kuala Tahan, Tasik Kenyir dan Royal Belum Forest. Kawasan-kawasan ini khas untuk peminat konsep alam semulajadi, dan sesuai untuk aktiviti perkhemahan seperti mandi sungai dan air terjun, jungle trekking, mendaki gunung dan menikmati sunset atau sunrise. Untuk percutian gaya ini, diingatkan untuk menjaga persekitaran hutan an tidak mencemarkan kawasan simpan tersebut.

Tidak puas bercuti di semenanjung Malaysia, pelancong boleh juga meneroka tempat-tempat menarik di Sabah dan Sarawak. Di Sabah dan Sarawak, terdapat banyak lagi tempat yang menawarkan suasana alam semula jadi yang jauh lebih menarik dan cantik. Kekal bersama Mashup untuk liputan kawasan percutian di Sabah dan Sarawak!

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here