Lifestyle : 5 Tips Make-Up untuk Beginner

0
377

Make-up sebenarnya adalah satu bentuk ‘art’ yang ramai tidak sedar. Bukan semua orang boleh tacap-tacap muka kemudian terus cantik. Proses make-up memerlukan skil, teknik dan kesabaran yang tinggi kerana kerana ianya boleh mengambil masa berjam-jam. Profession sebagai make-up artist di Malaysia juga menawarkan pulangan yang lumayan jika skil make-up, produk kosmetik yang digunakan dan hasil kerja make-up individu tersebut berkualiti tinggi. Jadi tidak hairanlah pekerjaan sebagai make-up artist kini mendapat sambutan ramai, tambahan pula dengan kewujudan platform social media yang ada pada zaman sekarang. Kita dapat lihat di platform Instagram terutamanya, banyak akaun artis make-up yang semakin meningkat popular kerana kepelbagaian style dan tema make-up yang ditonjolkan. Sebagai contoh, anda boleh lihat akaun Instagram @norianathefacedesigner, @syedfaizalsyednoh dan @attyusof adalah antara contoh make-up artists tempatan kita yang menawarkan servis berkualiti tinggi.

Khas untuk golongan-golongan yang berminat untuk menceburi bidang make-up atau ingin belajar cara make-up, kami sediakan 5 tips ini yang semua beginner patut tahu.

1. Basuh dan cuci muka sebelum make-up.

Pertama sekali, sebelum mula make-up, penting untuk basuh dan cuci muka terlebih dahulu. Jadi, alatan asas untuk pencucian muka yang anda perlu miliki ialah cleanser dan pelembab muka. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan untuk mengetahui yang sesuai ialah yang tidak buat kulit muka anda rasa tegang selepas dicuci. Pelembab pula penting kerana fungsinya ialah melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan kulit. Seperti pencuci muka, pilih pelembab yang sepadan dengan jenis kulit anda. Pelembab berasaskan air atau jenis ringan seperti losyen sesuai untuk kulit berminyak, manakala yang jenis berkrim (berasaskan minyak) sesuai untuk kulit kering. Penggunaan serum dan ‘essence’ bergantung kepada keadaan kulit anda dimana ia sesuai jika anda kerap berada di bawah pancaran matahari, atau kulit anda cepat kering dan sensitif. Kedua-dua item ini bersifat pekat dan memulih dari dalam, lebih berkesan daripada pelembab muka.

2. Peralatan asas make-up yang anda perlu miliki.

Selesai mencuci muka, anda boleh mula applikasikan peralatan make-up pada muka anda. Untuk permulaan, peralatan asas yang perlu anda miliki ialah foundation atau bedak, loose powder atau bedak debu, dan pemerah pipi (blusher). Pemakaian foundation atau bedak asas penting untuk menutup cela asas dan lompong di kulit, selain menyediakan asas yang rata untuk make-up selanjutnya. Loose powder adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation, khususnya yang jenis cecair dan blusher pula penting untuk sentuhan kemerahan pada bahagian pipi. Seperti foundation, blusher juga ada pelbagai warna, jenis, dan tesktur. Jadi, pilihlah yang sesuai dengan warna kulit anda.

3. Praktis lukis eyeliner pada kertas.

Untuk tambahan make-up, kebiasaanya celak atau eyeliner akan digunakan untuk menyerlahkan bentuk mata. Untuk ‘beginner’ yang masih kekok menggunakan eyeliner, anda boleh cuba praktis dahulu pada kertas dengan menggunakan pen atau berus. Biasakan gerak pergerakan tangan anda untuk lukiskan celak pada kertas, kemudian applikasikan pada mata anda.

4. Dapatkan warna yang sesuai untuk bibir anda.

Jika anda mahukan warna yang spesifik pada bibir anda dan tidak memiliki lipstick warna tersebut, lip gloss, powder blush atau eyeshadow juga boleh digunakan sebagai pengganti. Selain menjimatkan kos, penggunaan eyeshadow atau powder blush juga memberikan kesan tahan lama seperti lipstick. Ia juga memberikan anda kebebasan untuk eksperiment warna apa yang sesuai dengan bibir dan bentuk muka anda.

5. Make-up di bawah cahaya semulajadi.

Lakukan make-up anda dalam kawasan cahaya semulajadi. Make-up akan kelihatan berbeza di bawah lampu buatan dan dalam cahaya semulajadi anda boleh betul-betul nampak warna sebenar make-up anda. Matahari memberikan anda pandangan yang paling realistik mengenai bagaimana make-up anda akan kelihatan kerana ia memberikan cahaya yang paling seimbang.

Sekarang, beginner sekalian boleh cuba tips-tips ini semasa mengenakan make-up dan lihat kesannya. Kami hanya berikan tip asas untuk anda, namun jika anda mahu terokai dan eksperimen teknik make-up dengan lebih lanjut, terdapat banyak kandungan dalam platform social media seperti Youtube dan Instagram dimana anda boleh pelajari tips dan stail make-up yang lebih terperinci. Seperti yang kami telah nyatakan, “make-up is an art”. In the end, setiap individu akan ada teknik, skil make-up, dan keunikan tersendiri yang mejadi trademark pada hasil kerja masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here