Entertainment : Anak Vokalis Margasatwa Hidap Jantung Berlubang, Mohon Dana Untuk Kos Rawatan

0
555

Vokalis kumpulan Margasatwa, Mohd. Akmal Hakim Mokhtar atau lebih dikenali dengan nama Kimal, memohon sumbangan orang ramai bagi menampung kos rawatan penyakit jantung berlubang yang dihidapi anaknya, Puspa yang kini berusia tujuh bulan.

Kimal yang berusia 26 tahun memaklumkan  penyakit anaknya, Puspa Akmal Hakim dikesan selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Julai lalu apabila sering berdepan masalah kesihatan.

Puspa sering mengalami masalah kesihatan dan setiap kali dibawa ke klinik, doktor memberitahu, Puspa cuma batuk, demam dan berkahak. Apabila masalah yang sama berlarutan, Kimal bertekad membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesan Puspa mengalami jangkitan paru-paru. Disebabkan masalah itu, anaknya mengalami penyusutan berat badan yang ketara daripada berat 4.8 kilogram kepada 2.8 kilogram. Puspa kini bergantung kepada ubat-ubatan dan pemakanan khusus sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Kimal berkata, dia memerlukan RM35,000 untuk kos pembedahan anaknya. Jumlah itu katanya, agak besar memandangkan dia dan Margasatwa baru menandatangani kontrak bersama label Luncai Emas, tahun ini.

Rakan-rakan artist dan media juga turut membantu menyebarkan berita pilu ini dan bersama-sama meringankan beban Aklmal dan keluarga. Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan untuk pembedahan adik Puspa Akmal Hakim, boleh menyalurkan sumbangan anda ke:

Bank : CIMB

Nombor akaun:  7049493386

Nama: Mohd Akmal Hakim Bin Mokhtar

Semoga Kimal dan keluarga sentiasa tabah dan teruskan berdoa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here