Sports : Kejutan World Cup 2018

0
282
Source: sportzwiki.com

Perancis, Belgium, England dan Crotia, empat pasukan yang masih kekal dalam meneruskan perjuangan mereka di pentas Piala Dunia. Kali ini dalam pertandingan berprestij ini, kita dapat lihat pelbagai keunikan yang menonjolkan kelainan daripada Piala Dunia sebelum-sebelum ini. Pengenalan sistem VAR dan barisan-barisan pemain muda daripada kebanyakan pasukan negara adalah antara contoh yang jelas menunjukkan kemajuan dalam permainan tradisi satu dunia ini.

Source: telegraph.co.uk

Empat pasukan negara yang ramai tidak sangka akan kekal sehingga peringkat separuh akhir ini telah membuktikan kepada ramai peminat bola sepak tentang kepentingan “team-spirit” dalam perjuangan ini. Pasukan-pasukan negara yang mempunyai pemain terhebat dunia seperti Uruguay, Portugal, Argentina dan Brazil kebanyakannya tersungkur disebabkan kekurangan kualiti kesefahaman dan semangat berpasukan dalam pemainan mereka. Ternyata, kemampuan  individual yang ada dalam pemain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar tidak cukup untuk menggalas pasukan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Source: cdn.vox-cdn.com

Bola Sepak Tingkat Semangat Berpasukan

Bercerita tentang semangat berpasukan dalam bola sepak, kita boleh kaitkan dengan isu yang tengah viral satu dunia sekarang, iaitu berkenaan satu pasukan bola sepak remaja Wild Boar di Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang di selatan Thailand sejak 23 Jun yang lalu.

Source: http://cdn.abclocal.go.com

Jurulatih mereka yang berumur 25 tahun membawa anak-anak buahnya ke ekspedisi gua setelah memenangi kejohanan bola sepak sebagai ganjaran, namun tidak menjangkakan hujan monsoon yang berlarutan mengakibat gua tersebut dipenuhi air menutup jalan keluar daripada gua tersebut. Misi pencarian bermula setelah laporan dibuat oleh ibu bapa anak-anak ini dan mereka yang berumur dalam lingkungan 11 tahun hingga 16 tahun ditemui 1 km dalam gua tersebut pada tarikh 2 Julai. Sembilan hari satu pasukan ini bersama jurulatih mereka terperangkap tanpa bantuan dan makanan. Berbekalkan semangat yang tinggi mereka sepasukan masih lagi hidup ketika ditemui. Sehingga hari ini 8 daripada 13 orang termasuk jurulatih berjaya diselamatkan dan mereka masih menunggu untuk keadaan cuaca hujan reda sebelum menyelamatkan yang selebihnya.

Source: LILLIAN SUWANRUMPHA/AFP/Getty Images

Kami doakan semoga  “rescue mission” ini berjalan dengan lancar dan berharap kesemua pemain dan jurulatih pasukan Wild Boar bebas daripada sebarang kecederaan serius. Dan dikesempatan ini kami ucapkan takziah kepada penyokong-penyokong pasukan yang sudah tersingkir daripada Piala Dunia 2018. Last sekali, kami ingin tujukan Shout out kepada pasukan dan penyokong negara Jepun yang menghadiri perlawanan di Russia. Mereka telah tunjukkan adab, adat dan budaya mereka walaupun di negara orang.Tersentap satu dunia melihat penyokong Jepun semuanya tolong bersihkan stadium dalam semua perlawanan pasukan Jepun di Russia. Walaupun tersingkir, mereka tetap tolong bersihkan stadium selepas perlawanan menentang pasukan Belgium. Respect!

Source: static.independent.co.uk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here