F&B: 6 Makanan yang Mesti Anda Cuba di Pulau Pinang

0
1103

Nasi kandar, laksa penang (asam laksa), char kuey teow, cendol, lok-lok dan pesembur adalah antara makanan yang terkenal di Pulau Pinang.

Keenakkannya, bukan sahaja diakui oleh rakyat Malaysia, malah turut diiktiraf oleh pelancong asing.

Keunikan makanan ini, hasil daripada pelbagai latar belakang kaum yang ada di Malaysia, sekali gus kepelbagaian ini menjadikan Pulau Pinang sebagai syurga makanan di mata dunia.

Makanan Pulau Pinang ini turut diiktiraf oleh penulis masakan terkenal serata dunia, James Oseland yang telah memilih Pulau Pinang untuk berada di kedudukan teratas carta destinasi makanan terbaik dunia, mengalahkan Bangkok dan Paris.

#1 CHAR KWAY TEOW

Ada yang menyebut sebagai char koay atau kway teow.

Apa jua nama panggilannya, kway teow yang digoreng di dalam kuali bersama-sama rencah utama, udang, fish cake dan telur mampu membangkitkan aroma yang enak.

Dahulu, kway teow ini adalah makanan pilihan pekerja buruh berikutan harganya yang murah.

Di Pulau Pinang, char kway teow sememangnya menjadi antara makanan kegemaran ramai bagi setiap pengunjung di sana.

Lokasi:

Sany Char Kway Teow

10, Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Siam Road Char Kway Teow

Simpang Jalan Siam dan Jalan Anson.

Adam Char Koey Teow

P1, Jalan Permatang Pauh, 13500, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Char Kuey Teow AL-Karia

52, Jalan Bunga Raya, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

 #2 LOK-LOK

Lok-lok adalah makanan ringan seperti steamboat yang terkenal di Pulau Pinang, selain harganya yang murah, rasanya yang enak dan ringkas juga menjadikannya sebahagian street food yang dicari-cari pengunjung.

Lok-lok ini terdiri daripada pelbagai makanan yang dicucuk dengan lidi (seperti sate) termasuk sayuran, tiram segar, udang, isi ketam, bebola ikan dan daging, cendawan, fish cake dan telur.

Beginilah, lok-lok mendapat namanya – colok-colok (lok-lok).

Selepas pelanggan memilih lok-lok yang ingin dinikmati, mereka akan memasukkan lok-lok pilihan di dalam air rebusan yang mendidih. Kemudian boleh dimakan dengan mencicah bersama sos istimewa yang disediakan.

Lokasi:

Padang Brown Hawker

Jalan Perak, Georgetown, 10400, Pulau Pinang.

Pulau Tikus Market Hawker Centre

Jalan Pasar, Georgetown, 10350, Pulau Pinang.

Gurney Drive Hawker Centre

172, Solok Gurney 1, Georgetown, Jelutong, Gurney Drive,10250, Pulau Pinang.

 #3 LAKSA PENANG

Di Pulau Pinang, laksa beras dipadankan dengan kuah yang masam, manis dan masin, hasil gabungan air rebusan ikan, isi ikan selayang, daun kesom, pes cili yang dikisar dengan bawang, belacan, serai, bunga kantan, lengkuas, asam keping, pes udang atau petis dan nanas yang dipotong kiub.

Ia dikatakan berasal daripada orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan).

Kuahnya yang cair dan masam manis itu cukup terkenal dan digemari ramai, bukan sahaja di Pulau Pinang, malah seluruh Malaysia. Laksa Penang juga turut dikenali sebagai Asam Laksa.

Lokasi:

Laksa Pokok Janggus Kampung Perlis Balik Pulau

Jalan Kampung Perlis, Kampung Perlis, Balik Pulau, 11020, Pulau Pinang.

Laksa Tempurung@Teluk Kumbar

Jalan Gertak Sanggul, Kampung Suluk, 11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Air Itam Laksa

1, Jalan Pasar, 11500, Ayer Itam, Pulau Pinang.

Kim Laksa@Balik Pulau

67, Nan Guang Coffee Shop, Jalan Balik Pulau, 11000, Balik Pulau, Pulau Pinang.

 #4 NASI KANDAR

Kalau pergi ke Pulau Pinang, pasti nasi kandar merupakan makanan utama yang akan dicari.

Di Pulau Pinang memang terdapat terlalu banyak restoran nasi kandar sama ada di Tanah Besar, mahupun di bahagian pulau.

Raja Nasi Kandar yang terawal dan terkenal di Pulau Pinang adalah Restoran Nasi Kandar Kassin yang terletak di Jalan Gurdwara (dahulu dikenali sebagai Jalan Brick Kiln).

Kassim yang dilahirkan pada tahun 1903 di Ramnad District, Selatan India telah mengikut ayahnya berhijrah ke Malaysia pada tahun 1908 dan membesar dengan membantu ayahnya berniaga nasi kandar di sebuah gerai pasar di Jalan Prangin.

Bermula dari situlah, nasi kandar mula terkenal.

Resipi nasi kandar dicipta dengan berpuluh-puluh jenis rempah dan menyesuaikannya dengan persekitaran di Tanah Melayu.

Nasi kandar adalah nasi putih yang dimasak dengan cara tersendiri dan disajikan dengan campuran pelbagai kuah yang akan disediakan oleh peniaga untuk pelanggannya.

Jika dahulu, lauk asas yang perlu ada dalam sajian nasi kandar adalah kari ikan, kari daging, telur rebus, bendi goreng dan cili hijau mentah, tetapi kini, pelbagai lauk disediakan untuk dimakan bersama nasi kandar, termasuk ayam goreng, ikan dan makanan laut lain.

Lokasi:

Restoran Kassim Mustafa

12, Lebuh Chulia, 10200, Pulau Pinang

Nasi Kandar Restoran Hameediyah

164A, Lebuh Campbell, Georgetown, 10200, Pulau Pinang.

Restoran Sup Hameed Nasi Kandar

48, Jalan Penang, Chinatown, Georgetown, 1000, Pulau Pinang.

Nasi Kandar Deen Maju

Jalan Gurdwara, 10300, Georgetown, Pulau Pinang.

Nasi Kandar Line Clear

177, Penang Road, 1000, Pulau Pinang.

 #5 PASEMBUR

Pasembur atau salad India Malaysia memang terkenal di Pulau Pinang.

Pengunjung yang berkunjung ke Pulau Pinang tidak akan melepaskan peluang untuk merasa keenakan pasembur Pulau Pinang.

Pasembur adalah makanan ala-ala cucur yang dimakan bersama kuah pekat. Cucur ini terdiri daripada pelbagai jenis makanan, termasuk udang, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, tempe, kobis dan sotong.

Kesemua yang telah dipilih oleh pembeli akan dipotong dan disediakan bersama kuah pekat yang mempunyai pelbagai versi mengikut resepi kedai masing-masing. Kuahnya, mempunyai rasa pedas-pedas manis serta dicampur dengan hirisan timun dan ada juga yang mencampurkan pasembur tersebut dengan mee kuning.

Penyediaannya juga tidak mengambil masa yang lama dan akan disediakan segera. Tetapi pembeli perlu beringat, makanan yang dipilih seakan-akan sedikit itu mungkin akan menjadi banyak selepas dipotong.

Lokasi:

Gani Famous Pasembur

3, Medan Renong, Padang Kota Lama, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200, Georgetown, Pulau Pinang.

Hussain Pasembur

29, Medan Renong, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200, Georgetown, Pulau Pinang.

Pasembur Pulau Mutiara/ Pasembur Menari/ Pasembur Gurney Drive

Gerai No. 9, Anjung Gurney, Pulau Pinang.

 #6 CENDOL

Hidangan pencucui mulut atau yang dicari-cari pada musim panas – cendol.

Bezanya, di Pulau Pinang, cendolnya yang sedap dan unik itu dikenali sebagai teochew cendol. Jika mahukan cendol, boleh sahaja didapati sama ada di gerai mahupun penjaja di tepi jalan.

Di sini cendol disediakan dengan adunan ais kisar, kacang merah, cendol susu, kelapa segar dan sirap gula Melaka di dalam mangkuk mengikut saiz yang dikehendaki untuk pelanggan menikmati kelazatan ais kacang ini.

Lokasi:

Cendol Asli Pak Haji

Kampung Batu Feringgi, Batu Feringgi, 11100, Georgetown, Pulau Pinang.

Penang Road Famous Teochew Chendul

27&29, Lebuh Keng Kwee, 10100, Georgetown, Pulau Pinang.

Kulim Best Cendol

12, Jalan Kulim, Taman Tenang, 14000, Georgetown, Pulau Pinang.

Assam Laksa/ Cendol@Paya Terubong

Berhadapan Station Petrol Shell sepanjang Jalan Paya Terubong, 11500, Ayer Itam, Pulau Pinang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here