Sports : Perancis Juara Piala Dunia 2018

0
436

Berakhirnya Piala Dunia tahun ini dengan kemenangan pasukan Perancis  pada perlawanan Final menentang squad “underdog” Croatia. Pasukan Perancis yang rata-ratanya dianggotai oleh pemain muda berbakat seperti Mbappe, Dembele dan Pogba terbukti tidak mengecewakan penyokong selepas menunjukkan aksi yang konsisten sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini.

Mempamerkan pelbagai aksi yang mengejutkan penyokong bola sepak di seluruh dunia, kejohanan Piala Dunia 2018 yang berlangsung selama 32 hari ini telah menjadi tumpuan media seluruh dunia dan menjadi platform untuk pemain bola sepak professional menunjukkan kehebatan mereka. Mari kita lihat senarai nama pemain-pemain yang berjaya memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan:

Golden Ball Award

Taraf pemain terbaik kejohanan ini diraih oleh kapten pasukan Croatia dan juga pemain utama Real Madrid, Luka Modric, selepas Berjaya membawa pasukan negaranya sehingga ke pentas perlawanan akhir Piala Dunia. Pemain yang menunjukjukkan tahap konsistensi paling tinggi sepanjang kejohanan ini walaupun terdapat pesaing hebat seperti Eden Hazard, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

FIFA Young Player Award

Pemain muda terhebat sepanjang kejohanan sudah tentunya Kylian Mbappe, iaitu pemain Wonderkid yang berumur 19 tahun daripada pasukan PSG, Perancis. Empat gol Mbappe dalam Piala Dunia kali ini membuktikan potensi beliau boleh menandingi tahap Ronaldo dan Messi, dan menjadi pilihan ramai sebagai calon pemain terbaik Eropah yang seterusnya.

Golden Boot Award

Anugerah untuk penjaring terbanyak kejohanan jatuh kepada Harry Kane daripada pasukan England dengan 6 gol. Kemampuan peledak Tottenham Hotspurs ini tidak boleh disangkal lagi selepas dilantik menjadi kapten pasukan England pada usia 24 tahun. Namun, permainan yang ditunjukkan beliau dalam Piala Dunia kali ini masih jauh berbeza dengan kualiti pertunjukkan bersama kelabTottenham Hotspurs.

Golden Glove Award

Anugerah penjaga gol terbaik dimenangi oleh penjaga gol pemenang tempat ketiga, Thibaut Courtois. Penjaga gol pasukan Belgium ini hanya melepaskan 6 gol dalam semua tujuh perlawanan dan menunjukkan aksi yang berkualiti semasa menentang Neymar dan Brazil. Bukan itu sahaja, Coutois berjaya mempertahankan gawang gol dengan baik walaupun bermain dengan strategi 3 pertahanan pasukan Belgium.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here