Entertainment : Rumah Guitarist Hujan Musnah dalam Kebakaran

0
525

Awal pagi Jumaat yang lalu pada tanggal 24 August 2018, rumah guitarist terkenal tanah air, Muhd Hezry Hafidz atau lebih dikenali sebagai AG Coco, musnah akibat kebakaran yang berlaku di kampung halaman beliau di Alor Setar. Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan walaupun rumah dan semua barang kelengkapan termasuk kenderaan hangus dijilat api dalam insiden yang berlaku pada pukul 1 pagi itu.

AG Coco yang juga merupakan guitarist kumpulan Hujan berkongsi tentang musibah tersebut di laman Instagram beliau dan memaklumkan ibu bapanya sempat menyelamatkan diri dan berada dalam keadaan selamat.

“Terima kasih atas keprihatinan dan ucapan takziah semua. Pada yang bertanya keadaan macam mana, rumah memang musnah sepenuhnya, tak ada apa yang dapat diselamatkan.

“Ketika kejadian ibu bapa saya sedang tidur dan hanya sedar setelah terasa bahang dan bunyi kayu patah. Bila buka pintu hanya nampak api yang sedang marak dan mereka terus berlari keluar meminta pertolongan.

“Bagaimanapun apabila bomba sampai, rumah memang sudah separuh terbakar kerana angin kuat pada malam itu dan punca kebakaran masih belum diketahui,” ujarnya melalui medium “Instastory”.

Rakan karib AG, Noh Salleh turut membantu memaklumkan kepada umum tentang kejadian berikut dan merancang untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga AG. Kepada sesiapa yang merancang untuk membantu keluarga AG boleh rujuk kepada info dibawah:

Saluran Bantuan:

Mohd Hafidz Bin Hussein
15201900101921
RHB Bank

Semoga AG dan keluarga tabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here