Lifestyle : FIFA 19 Permainan Bola Sepak Terbaik Zaman Moden

0
498

FIFA 19 bakal dikeluarkan dalam masa beberapa hari lagi! Bagi yang betul-betul tidak sabar untuk cuba bermain “game” ini, anda boleh cuba bermain versi demo yang sudah boleh dimuat-turun untuk dapatkan feel sebelum mencuba permainan FIFA 19 yang sebenar.

Game developer FIFA, EA, menjelaskan tarikh pelancaran FIFA 2019 adalah pada 28 September ini. Lebih menarik, FIFA 19 kali mengandungi pelbagai ciri-ciri baru yang tidak terdapat dalam game FIFA sebelum ini. Salah satu ciri baru pada FIFA 19 adalah pengenalan stadium-stadium yang belum pernah ada dalam FIFA seperti The Craven Cottage dan The Molineaux Stadium. Bukan itu sahaja, stadium baru yang masih belum siap untuk kelab Tottenham Hotspurs juga sudah ada dalam FIFA 19. Selain itu, FIFA 19 juga berjaya mendapatkan lesen untuk menggunakan nama dan konsep Champions League, Europa League dan Super Cup untuk edisi FIFA kali ini.

Jika anda pernah bermain jalan cerita The Journey yang diperkenalkan sejak FIFA 17, The Journey kini sudah memasuki musim ketiga untuk edisi FIFA 19 kali ini. Lebih drama dan jalan cerita yang lebih padat dapat dilihat berdasarkan trailer rasmi The Journey kali ini. Lihat dibawah.

Standard Edidtion untuk FIFA 19 bermula pada harga RM 249. Anda juga boleh mula buat pre-order di laman sesawang EA Sports sekarang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here