Lifestyle : Kenapa Straw Plastik Diharamkan Menjelang 2019?

0
3145

Tahukah anda bahawa straw plastik dicipta oleh seorang rakyat Inggeris, Marvin Chester Stone, untuk mengelakkan daripada tertelan biji lemon dalam minuman lemonade. Pada mulanya, Stone mencipta straw yang diperbuat daripada rumput rai pada abad ke-19, yang tidak disambut baik kerana rasa rumput daripada straw tersebut mencemarkan rasa minuman. Straw rumput ini kemudiannya diggantikan dengan straw kertas. Pada tahun 1960an, straw plastik diperkenalkan untuk menggantikan straw kertas dan mula digunakan secara meluas dari tahun 1988.

 

Hari ini, berjuta-juta bilangan straw plastik berada di tapak pelupusan setiap hari dan kini menjadi satu isu besar kepada alam sekitar. Di Malaysia sahaja, straw plastik digunakan pada setiap jenis minuman yang anda pesan jika makan di luar rumah. Dikatakan sebanyak 31 juta plastik straw digunakan dan dibuang oleh rakyat Malaysia setiap hari. Walaupun hanya sebatang straw yang kecil, satu straw boleh mengambil masa sehingga 200 tahun untuk proses penguraian atau “decomposition”. Pelbagai kesan yang boleh terjadi kepada alam sekitar akibat pembuangan plastik yang semakin tidak terkawal ini.

 

Pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dan antaranya ialah penukaran penggunaan polisterene dan beg plastik kepada bahan kitar semula. Baru-baru ini, kerajaan telah mula menunjukkan inisiatif terhadap isu straw ini dengan melancarkan kempen tanpa straw di beberapa kawasan tertutamanya kawasan persekutuan. Larangan penggunaan plastik konvensional bermula 1 Januari 2019 dan akan dikuatkuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2020. Jadi, telah diberikan tempoh masa satu tahun untuk peniaga menukar penggunaan plastik straw konvensional kepada alternatif yang lebih sesuai dan selamat kepada alam sekitar seperti straw yang diperbuat daripada stainless steel dan bahan biodegradasi.

Sejak kempen tanpa straw ini bermula, kita dapat lihat beberapa organisasi yang menyokong inisiatif ini seperti McDonald’s yang telah mula dengan langkah tidak memberi straw kepada pelanggan melainkan diminta. Peluang perniagaan mula terbuka apabila “demand” atau permintaan terhadap straw bukan plastik kini meningkat, dan peniaga mula menghasilkan pelbagai jenis straw daripada asas bukan plastik yang tahan lama sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan straw plastik.

  

Perang Straw Plastik dan Selamatkan Planet Kita!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here