Lifestyle : Google Sambut Hari Jadi Ke-20!

0
468

20 tahun yang lalu, dua orang pelajar Ph.D melancarkan sebuah enjin carian dengan misi untuk menguruskan semua data di dunia dan membuatkan ia boleh diakses dan digunakan secara universal. Walaupun banyak yang telah berubah sejak ia mula diperkenalkan — termasuk langkah memperkenalkan sistem carian dalam lebih daripada 150 bahasa di lebih 190 negara — Google masih berdedikasi dalam membangunkan produk untuk semua golongan umum.

Pada bulan September ini, Google menyambut hari jadinya yang ke-20 dengan Google Doodle yang memberi pencerahan tentang beberapa trend carian yang paling popular dalam tempoh dua dekad yang lalu. Google Doodle memberi animasi carian-carian popular ini dalam pelbagai bahasa, dari carian tentang Y2K sehinggalah terjemahan kepada perkataan “love”. Selain itu, sebuah laman web beralamat 20years.withgoogle.com telah dilancarkan sempena menyambut kejayaan ini dan melalui laman web tersebut, terdapat beberapa fakta daripada trend carian sejak 20 tahun yang lalu.

Source: Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here