Lifestyle : Kafein, Baik atau Buruk untuk Kesihatan?

0
586

Kafein ialah sejenis bahan yang boleh ditemui secara semulajadi dalam daun-daun dan biji-biji tumbuhan. Kafein boleh didapati dalam lebih kurang 60 jenis tumbuhan. Jadi bukan kopi sahaja yang mengandungi kafein. Antara tumbuhan yang mengandungi kafein ialah daun teh, biji kopi dan biji koko. Ia boleh juga dihasilkan dalam bentuk tiruan digunakan sebagai bahan dan penambah perisa dalam sesetengah makanan. Kafein juga digunakan dalam bidang perubatan moden, dijadikan ubat untuk merawat penyakit seperti migrain, sakit kepala, asma dan penyakit jantung. Kita dapat lihat ia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang namun apakah sebenarnya kesan pengambilan kafein ini dan adakah ia betul-betul baik untuk tubuh badan manusia?

1. Pengambilan kafein secara kerap boleh meningkatkan daya tahan sakit.

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan kafein secara kerap dapat meningkatkan daya tahan sakit. Daya tahan sakit bergantung kepada banyak faktor lain termasuklah pengambilan tembakau dan alkohol. Namun berdasarkan kajian yang dibuat, pengambilan kafein untuk 62 orang subjek berumur 19-77 tahun dicatat dan direkod untuk tujuh hari berturut-turut. Rekod mendapati purata sebanyak 170 sehingga 400 miligram kafein sehari terkandung dalam badan setiap subjek dan mereka kemudiannya diuji dengan eksperimen tahan sakit. Keputusan menunjukkan peserta yang mengandungi kurang amaun kafein akan lebih cepat merasa sakit berbanding peserta lain yang mengandungi lebih amaun kafein dalam badan.

2. Kafein membuat kita lebih sedar dan “alert”.

Untuk pengetahuan semua, otak manusia akan menghasilkan sejenis molekul iaitu, adenosine, dari saat kita bangun tidur sehinggalah ke waktu kita tidur. Lebih banyak molekul ini dihasilkan, lebih cepat kita akan rasa mengantuk. Adenosine inilah yang membantu kita tidur pada waktu malam. Dan apabila kita tidur, adenosine akan berkurang dan membuat kita sedar daripada tidur. Percaya atau tidak, kafein boleh menggangu proses semulajadi ini dengan menyamar dan menggantikan adenosine dalam otak seterusnya membuatkan kita lebih segar dan hilang rasa megantuk.

Tetapi, lama-kelamaan, molekul adenosine juga akan menjadi lebih pandai dan berjaya melawan tindakan kafein. Satu cawan kopi sudah tidak cukup dan anda akan perlukan lebih banyak amaun kafein untuk melawan rasa mengantuk.

3. Kafein membantu mengurangkan risiko kemurungan.

Pengambilan kafein adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan risiko kemurungan atau depresi. Apabila kafein menggantikan adenosine dalam otak, ia membebaskan dopamine dan glutamine yang memberikan peningkatan mood dan mengurangkan rasa bosan.

Namun, terlalu banyak pengambilan kafein pula akan membuatkan anda rasa cepat marah dan cemas atau “anxious”. Dalam dunia barat, perkara ini ditermakan sebagai “caffein jitters”. Hal ini adalah akibat daripada penghasilan hormon adrenaline setelah sel-sel otak terangsang daripada kafein. Adrenaline adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal semasa kita berada dalam tekanan tinggi atau situasi yang menarik. Hormon ini adalah sebahagian daripada sistem tindak balas tekanan takut badan manusia, juga dikenali sebagai tindakbalas “lawan atau lari”. Ia berfungsi dengan merangsang kadar jantung, kontrak saluran darah, dan mengembangkan saluran udara untuk meningkatkan saliran darah ke otot dan oksigen ke paru-paru.

4. Kafein meningkatkan daya ingatan dan tumpuan.

Kajian jelas membuktikan bahawa pengambilan kafein boleh membantu meningkatkan daya ingatan, terutamanya daya untuk mengingat kembali senarai perkataan ataupun fakta. Tetapi, sudah tentu ingatan orang yang tidak pernah mengambil kafein adalah yang paling kuat. Selain itu, kafein juga boleh membantu meningkatkan daya tumpuan dan fokus apabila kita dalam keadaan penat. Ia amat berguna terutamanya untuk pemandu jarak jauh ataupun pelajar yang perlu mengulangkaji sehingga ke lewat malam.

Tetapi, beberapa kajian mencadangkan bahawa semua manfaat kopi ataupun kafein ini hanyalah kesan sementara yang menerbalikkan kesan jangka panjang daripada penggunaan bahan tersebut. Sebagai contoh, apabila penggemar kopi berhenti meminum kopi, dia akan mula merasa kesan jangka panjang atau “withdrawal effect” kafein iaitu rasa penat, senagn mengantuk dan susah untuk memberi tumpuan. Dia akan hanya dapat memberi tumpuan jika mula mengambil kafein. Ini menunjukkan tubuh dan otak penggemar kopi tersebut sudah ketagih terhadap kafein dan hanya akan dapat berfungsi dengan baik selepas pengambilan kafein.

5. Kafein merupakan dadah jenis psikoaktif.

Samaada kita sedar atau tidak, kafein secara faktanya adalah sejenis dadah yang bersifat psikoaktif. Bermaksud ia berupaya merubah pemikiran, cara interaksi dan perasan kita terhadap dunia sekeliling. Kafein boleh kekal dalam tubuh badan agak lama dan kesan bahan ini boleh kekal selama 5 hingga 6 jam. Ia juga boleh kebaskan rasa selera makan buat sementara namun tiada kajian membuktikan bahawa bahan ini boleh membantu mengurangkan berat badan. Pengambilan kafein dengan dosej yang betul dan bersukat boleh meningkatkan tahap prestasi fizikal dan digunakan secara menyeluruh untuk atlet sukan di seluruh dunia.

Sebagai dadah yang paling banyak digunakan di dunia, ramai yang mungkin telah buang persepsi terhadap kafein sebagai sejenis dadah. Majoriti manusia zaman sekarang tidak boleh mulakan kerja tanpa mendapatkan secawan kopi terlebih dahulu. Seperti yang dinyatakan oleh Charles Czeisler, seorang neurosaintis daripada Harvard, kafein apabila bergabung dengan elektrik membolehkan manusia keluar daripada corak semulajadi tidur dan bangun, membebaskan manusia daripada kitaran matahari, dan merealisasikan transformasi ekonomi dunia daripada kebun ke kilang. Kesan daripada kafein menjadi faktor besar terhadap kewujudan dunia moden yang kita hidupi sekarang.

Source:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here