Art: Membina Impian Dengan Dengan Dream Project – Khizanat Hall

0
490
Persembahan Orkes A. Hizadin di Khizanat Hall

Bagi para karyawan indie, adalah satu kepentingan bagi mereka untuk mempunyai ruang bagi mempamerkan bakat dan karya mereka. Jika anda sedang merancang tour di seluruh Malaysia, apa kata singgah di Dream Project – Khizanat Hall, sebuah event space di Ipoh memang sudah lama bertapak untuk mengetengahkan bakat karyawan indie di Malaysia.

Perkongsian bersama Jennifer Thompson

Dream Project – Khizanat Hall telah dibina sejak lima tahun yang lalu dengan nama Khizanat Hall. Pada awalnya, ianya dibina dengan misi untuk menyediakan sebuah ruang bebas berskala kecil untuk para karyawan “indie” tanah air berkarya dan berkongsi bakat mereka. Namun setelah mereka diambil alih oleh pengurusan baru, mereka telah melebarkan sayap mereka dengan memberi ruang kepada artis indie dalam dan luar negara.

Kadar harga sewa ruang Khizanat Hall juga berpatutan, sesuai untuk para seniman dan seniwati yang baru bertapak dan masih mencari fanbase di Malaysia. Ruang dewan yang luas tapi masih intimate juga memberi peluang untuk para artis dan peminat untuk bersama sama menikmati persembahan. Antara artis yang pernah membuat persembahan di Khizanat Hall adalah Kyoto Protocol dan Blind Man Death Stare, sebuah band dari Australia.

Sesi belajar Al-Quran

Selain daripada ruang persembahan, Khizanat Hall juga dibuka untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang lain. Forum, kelas, dan bengkel adalah antara kegunaan lain Khizanat Hall. Antara kelas yang diadakan di Khizanat Hall adalah kelas Mandarin dan juga Kelas Al-Quran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dream Project – Khizanat Hall, ikuti mereka di laman media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here